Sources by ALD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    In the ever 'evolving' world we live in today, be it from technological advancements, social adjustments and scientific understandings. The very basis of evolving roots from the beliefs and the principles the subjects we humans adhere. How could one claim he has evolved when one does not withold the knowledge of consequence in life. How could one claim successful when oblivious to the effects of acting upon an action. 

       We humans may know or not know the word of Allah but it is a very well known book in the media and minds of the people today. For most of the people, it may be accepted as a negative and uncivilised appellation. But why is that? Simple, the age we breathe in today what is it's main source of information? One word, media. Ask yourself, the next person you know how informed are they as well as you to the latest Arnold Schwarzenegger movie? Or maybe the latest scores of Chelsea's games? The gossips and scandals of celebrities in your country? 

        Media, is a tertiary source of information. The things you see in it are a mere depiction of a directors perception or the news editor chiefs 'neutral' perception. We humans nowadays have been preyed upon the many apps and conveniences built by ourselves and a few of us truly understand the magnitude of a too relied upon source. A wise man once said, even if a million people say a foolish thing it is still a foolish thing. 

         Our 'evolved' society nowadays are too fragile and vulnerable to the depictions they absorb from they're TV screens, tablets and smartphones. The realisation that we are independent beings is simply irrational being fully dependent under the Ar-Rahman of Allah azzawajal. The media has deluded the minds of the people from a very imperative source of knowledge. If society sees science as a means of advancement the Qur'an which was revealed 1400 years ago has confirmed its findings with science to up to 80% of what they've discovered and another 20% unclosed being studied. Brief advice, do not take things too seriously and conform to a side without completely understanding the parameters of one. Look for primary sources unperceived by anyone and don't rely on one source instead diversify. Lastly, knowledge is to be seeked not displayed so venture into a course insyallah you will prosper in this world or the next Aminn.


-ALD-

Macam mana nak berubah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Berubah? Hijrah? 
Kenapa nak berubah? Kenapa perlu hijrah? kenapa? 
Ada orang kata susah. dan ada orang kata senang. tapi hakikatnya, susah. lagi lagi kalau berubah tu kerana Allah. tapi kesusahan tu lah yang akan membuahkan hasil. 
.
wallahi aku kata, hijrah dan berubah tu susah sangat. aku pernah alami satu masa di mana aku berubah drastik sangat. ada la jugak kawan aku yang perasan. tapi aku cam buat donno je la. waktu tu aku baru masuk sekolah agama. tahun 2013. memang totally berubah. aku terus pakai tudung labuh sekolah tu kat luar sekolah pun, even time raya sekalipun. setahun jugak kut. aku macam syadid sgt kot masa tu 😂 tapi naik form 3, aku jadi cam normal balik. tapi normal aku mmg sampai aku berani tak pakai handsock, berani pakai tudung pendek sikit, yang cukup2 syarat. sampai lah ada kawan aku tegur nampak pergelangan tangan. waktu tu aku rasa malu. hahaha. malu weh lelaki tegur. okay takpelah. sampai aku masuk sekolah perempuan masa f4 sampai f5, kat situ aku faham. kenapa aku kena berubah slow2, kenapa aku kena pakai tudung labuh, banyak benda jugak la aku faham. bukan sebab orang lain ke apa, tapi sebab kesedaran diri sendiri. kesedaran diri sendiri tu penting sebab benda tu yang akan dorong kita untuk berubah kerana Allah. and masa aku f2f3 tu aku rasa aku berubah sebab manusia. aku terlalu letakkan high expectation terhadap manusia. sedangkan expectation Allah tu lagi penting. f4f5 tu dah matang la kononnya haha. sbb bagi aku f1 sampai f3 tu adalah waktu aku masih mencari identiti. even f4f5 pun. bagi aku penting sangat untuk tahu identiti kita sendiri. dengan tahu identiti kita, kita akan lebih hargai diri kita sendiri tanpa perlu bandingkan diri kita dengan orang lain. (read my previous post) 
.
Hijrah dan berubah ni, bukan kena tunggu hidayah sampai. kita ni sebagai org Islam, nabi ajar doa, doa lah kita dikurniakan hidayah. setiap hari. kita ni Islam kan, pun dikira dapat hidayah tau. nak kata hidayah belum sampai, alquran dah diturunkan 1400 tahun lebih yang lalu lagi. tapi kita still cakap hidayah tu tak sampai? even kita sekolah agama sekalipun, belum tentu iman kita cukup kuat. belum tentu kita mampu pakai tudung labuh kat luar. sebab sekolah agama tu sekarang hanya sekadar nama. aku sedih sebab ada segelintir kawan-kawan sekolah agama yang tak dapat feel tarbiyah kat sekolah agama tu. aku sedih sebab skrg sekolah agama tu hanya atas dasar sekolah dan tak mampu nak bantu diri sendiri untuk bantu org lain jadi baik juga. aku rasa sendiri pun macamtu. yes, aku la tu. bila kita tak hargai tarbiyah yg ada, satu masa kita akan rasa menyesal sangat. 
.
lagi satu. ada orang yg berubah sbb manusia kan? jadi bila manusia tu dah takde apa dengan kita, kita pun buat balik benda jahat yg kita buat dulu. nampak kan? dari situ kita nampak kita berubah ni untuk apa dan untuk siapa. sebab bila kita hijrah utk Allah dan Rasul, kita akan dpt Allah dan Rasul, tapi kalau kita hijrah utk manusia, kita akan dapat manusia tu la. tapi sayangnya hijrah sbb manusia ni, dia macam tak feel la. satunya tak feel nikmat hijrah tu. tu semua berbalik kepada niat kita la. sedangkan hijrah tu asal tujuannya adalah untuk dekatkan diri kita dengan Allah dan Rasul. tapi bila once manusia tu jauh dari kita, kita mula berubah arah. sbb apa? sbb kita hijrah tu sbb kita nak kan manusia tu. tapi hakikatnya hati manusia ni milik Allah. siapa kita nak tentukan manusia tu tercipta utk kita. kan? kita ni semua ciptaan Allah Ta'ala. mungkin kita rasa sesuatu tu baik untuk kita, sedangkan ia buruk di sisi Allah. dan mungkin kita rasa benda tu buruk bagi kita, sedangkan ia baik di sisi Allah. Allah lebih mengetahui kan? 
.
so pengajaran dari cerita aku di atassss tu tadi, nak berubah kena slow2. macam perempuan, tak perlulah terus pakai purdah utk berubah. sehelai kain tu bukan gambaran kita dah berubah. cuba lah sikit2 dulu. mula daripada sekecil-kecil perkara, iaitu akhlak. pakai purdah, pakai tudung labuh tapi kalau akhlak tak jaga, tiada nilai di sisi seorang wanita yang bergelar muslimah. akhlak ni sangat penting. sebab ia yang akan mencorakkan kita pada masa depan. contohnya keturunan kita nanti. 
.
Jadi, sahabat sahabat di luar sana tu kalau rasa nak berubah, go for it! jangan tunggu. cari kawan kawan yang baik. there is a lot of people out there yang baik. bukanlah tak ada yang jahat. hidup ni ada dua pilihan tau. sama ada kita nak baik atau jahat. so choose! choose the best one. jangan menyesal di kemudian hari nanti. 
.
in shaa Allah ni sahaja daripada aku. sebarang komen, pertanyaan, atau cadangan. boleh kongsikan dalam ruangan komen atau media sosial saya. wassalam. 🌹

bagaimana nak menghargai diri sendiri?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

love yourself before you love someone else. takde kena mengena dengan apa yang aku nak cakap harini but aku akan kupas kejap lagi. 
.
so guys. kenapa kita rasa tak bersyukur dengan apa yang ada? cuba fikir seketika. why? why i never thanked for what i have? okay aku cuba jawab. sebab, kita selalu sangat tengok orang yang lebih daripada kita. kita selalu sangat tengok orang yang lebih berjaya, orang yang lebih kaya, daripada kita. sebab tu, kita susah sangat nak bersyukur. sedangkan, Allah dah bagi kita secukupnya dan yang terbaik untuk kita. Tapi, kita tak pernah amik port tentang hakikat tu. betul ke betul?
sebab tu, kita jarang hargai diri kita sendiri.
kenapa kita tak pernah hargai diri kita sendiri? sebab, kita dah banyak sangat rosakkan diri kita dengan perkara yang sepatutnya. sedangkan, dunia ni Allah cipta untuk kita berusaha untuk kehidupan yang kekal di Sana nanti. bila kita rosakkan diri kita, bayangan untuk kita ada masa depan yang lebih cerah tu semakin pudar. (ceh, tinggi sangat bahasa. korang faham ke?hahah) sebab tu kita rasa oh aku tak boleh jadi macam dia and kita decide untuk jealous and sometimes ada daripada kita yang sanggup buat benda bodoh (sihir, santau, etc.) 
.
tapi senang je sebenarnya kita nak hargai diri kita sendiri ni. macam mana? senang je. aku ulang, senang je. tengok orang yang kurang dripada kita. sekarang ni, kita mampu hidup dengan aman, selesa, mampu makan pagi petang siang malam, mampu beli handphone canggih, mampu bayar yuran sekolah, yuran universiti/kolej, mampu bercuti dengan family dan kawan-kawan. tapi, kita tak pernah sedar, ada orang yang tak dapat lansung apa yang kita dapat sekarang, ada orang yang tak pernah lansung rasa apa yang kita rasa sekarang. contoh, masyarakat Islam Rohingya, Palestin dll. kebahagiaan? kekayaan? keselesaan? mana? mana? diaorang tak dapat... Allah.. kalau kita ada kat tempat diaorang sekarang, mampu ke kita hadapi? mampu ke kita? tak mampu kan? kita nak dengar bom secara live pun tak pernah rasanya. diaorang hari-hari.... Allah.. 
.
Lagi satu, cara nak hargai diri sendiri is dengan sayangi diri sendiri. bila sayang diri kita sendiri, wallahi kita takkan sanggup buat benda bodoh. bila kita sayang diri kita sendiri, kita tahu mana yang buruk mana yang baik. kalau kita tak tahu sekalipun, kita akan cuba untuk tahu. sebab tu, pentingnya iman dalam diri. bagaimana seseorang itu dia katakan dia beriman sedangkan dia tidak diuji (al-quran). and salah satu cara untuk kuatkan iman kita ialah dengan cara yang nabi ajar: (zikir)
جددوا ايمانكم بقول لا إله إلا الله محمد الرسول الله
.
lepastu, bila kita dah sayang diri kita, for sure kita takkan buat benda jahat. bila kita tak buat benda jahat, automatic kita akan buat baik, and secara tak lansung kita bahagia dengan apa yang kita buat and dapat ketenangan. so masatu kita tak perlu lah nak bandingkan diri kita dengan orang lain. bukan suruh kita riak, it just to appreciate ourself. kita nak orang lain appreciate kita, tapi kita sendiri tak appreciate diri kita. 
okaylah aku bagi satu contoh ae, kita ni jahat, tapi kita nak jadi murid kesayangan cikgu or lecturer, jadi kesayangan kawan-kawan. kita rasa rasa lah, boleh ke? tak kan? that is why, kita kena jadi baik.. kena appreciate diri kita, kena sayang diri kita, then baru kita boleh harap orang akan buat baik kat kita, orang appreciate kita, okay? 
tapi, kalau tak reti sangat buat baik, cuba mulakan sikit-sikit. ubah dari segi pakaian ke, ubah dari segi percakapan ke, yang penting ada usaha. sebab semua orang ada peluang kedua. tak kisah lah, yang penting kita kena bagi peluang untuk diri kita atau sesiapa sahaja. sebab semua orang layak untuk peluang tu. Allah pun sentiasa memaafkan hamba-hambaNya. apatah lagi kita manusia biasa yang hina. kan? 
.
In shaa Allah itu sahaja perkongsian daripada saya. sebarang persoalan boleh kongsikan di ruang komen eh. thank you. assalamualaikum :)

Rokok. Haram atau Makruh?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


rokok. haram atau makruh? 
.
aku rasa aku nak share apa yang aku dapat daripada ceramah ustaz abdullah khairi yang aku dengar sebelum ni. lebih kurang 2-3 kali aku dengar. nah, aku taknak cakap la haram ke makruh. basically perempuan akan kata haram dan lelaki kata makruh. sebab apa? majoriti yang hisap rokok siapa? (jawab sendiri). aku? ofkos aku kata haram. sebab? benda tu memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling. kalau rasa dah bersedia sangat nak mati. hisap banyak2. dahlah memudaratkan, membazir pulak tu. sedangkan Allah dah bagitahu dalam al-Quran
إنّ المبذرين إخوان الشيٰطين
 yang bermaksud: " Sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan"
(betulkan saya kalau salah)
Jadi, kalau rasa nak jadi kawan syaitan, teruskan pembaziran. 
.
makruh? okaylah, kita bagi satu kronologi. petai makruh kan? tapi sekali kau sendawa waktu solat jemaah, orang lain terganggu, kira berdosa tak? aku nak tanya, apa hukum ganggu orang solat?
.
rokok? bagi aku benda tu haram. jadi bila benda haram masuk dalam badan, bila buat benda haram, benda tu tak mustahil akan effect dekat anak keturunan kita. bila kita makan benda haram, tu yang dapat bini tepi traffic light, tepi tandas, dok fewit fewit. tak teringin ke, nak dapat isteri solehah? bila dapat isteri solehah, in shaa Allah anak keturunan kita pun in shaa Allah baik baik. 
.
cakap pasal makan benda haram, ingat tak satu cerita ayah imam hassan al-basri? asalnya tergigit sebiji buah epal je. tapi sebab takutnya dia termakan benda haram, terus cari tuan punya buah tu and sanggup khidmat dengan orang tu selama 10 tahun. akhirnya dapat isteri yang sangat sangat sempurna yang sangat susah nak jumpa sekarang. dan daripada mereka berdua, lahirlah seorang ulama' al-imam hassan al-basri. 
.
jadi aku tak tegaskan hukum rokok tu haram. aku bukan mufti nak tentukan itu haram or halal or whatever. aku pun bukan yang banyak ilmu. boleh kata, aku ni memang jahil lah. tapi aku nak tanya lah kan, apa manfaat yang kita akan dapat daripada rokok dan yg sewaktu dengannya? so as in my opinion, tinggalkan lah benda yang kita rasa tak perlu. and cuba fikir, apa Allah redha dengan benda yang kita buat, and cuba fikir, bila kita buat benda yang Allah larang, apa Allah akan bagi apa yang kita mahu dan minta? Tak malu ke, kita buat benda yang Allah tak suka, tapi hari-hari kita mintak macam2 kat Allah. Tak malu ke, kita buat benda haram, tapi Allah masih bagi kita peluang untuk hidup dan masih bagi macam2 nikmat? Sama2 kita fikirkan.
.

Moga bermanfaat. 

buat cinta yang sentiasa aku dambakan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


buat lah apa pun. asalkan kau bahagia. engkau mahu sakiti aku berkali juga aku tidak hairan sama sekali. kerna itu yang buat aku bahagia pabila bisa melihat kau bahagia. aku terlalu sayang pada kamu. bila aku sayang, aku cuma ingin kau bahagia. biarlah walau bukan dengan aku. asalkan kau bahagia, sudah cukup buatku bahagia. aku sering saja disakiti tetapi sekalipun aku tidak pernah berhenti menyayangi dan cuba untuk mempertahankan cinta ini. biarlah aku berkorban untuk engkau. asalkan kau bahagia. aku rela untuk terus disakiti andai itu bisa memberi mu ketenangan abadi. maafkan aku kerna tidak bisa membuatmu bahagia. aku yakin dan pasti ada yang lebih pantas untuk membuatmu bahagia. nama mu tidak pernah pudar dari doa aku biarpun namaku tidak pernah ada dalam doamu. katakan apa jua padaku, biarkan apa saja apa orang ingin lihat pada aku, pilihan aku hanya tertuju kepada kamu. andai di dunia kita tidak bisa ketemu dan bersatu, moga Tuhan satukan kita di SyurgaNya. tariklah aku andai engkau lihat aku di dalam neraka. bawalah aku bersamamu ke dalam Syurga. beritahu Allah bahawa aku yang mengingatkan kamu tentangNya, agar Allah redha dan mengizinkan aku bersamamu. Moga kau tahu, doaku sentiasa mengiringimu. hasrat ku cuma satu. melihat kau bahagia. oleh itu, carilah kebahagiaan kau di mana sahaja dan bawalah TuhanMu bersama agar engkau sentiasa di bawah naunganNya di dunia dan juga di akhirat. 

-AisyahZull-

p/s: ini benar nukilan dari lubuk hatiku yang paling dalam. bukan copypate. syukran

Apa perlu buat bila rasa down?

                                                             السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Bismillahirrahmanirrahim.
How's your say today? Okay so today i would to share something yang somehow tak semua orang tahu and tak semua orang rasa and tak semua orang dapat. Fuh, amende tu! cepumas tak? hahaha. So basically benda ni tak berkait dengan sesiapa pun. but it is all based on my experience. Like seriously, experience taught you a lot. especially for those yang dah remaja  and dah lebih drpd 15 or 18 or 20 or 30 or 40 and etc. years old, mesti banyak and macam2 pengalaman yang kita dah lalui. semakin meningkat usia, semakin banyak dugaan dan cabaran. 

yes, sampai satu tahap kita rasa penat nak hidup. kita rasa kenapa aku kena lalui benda ni. kita rasa aku tak patut hidup macamni. kita rasa kita tak patut kenal orang itu ini. kita rasa kita nak salahkan takdir. kita rasa kita tak mampu nak buat apa2. susahnya hidup! pernah tak rasa? tak kisah lah kita rasa apa, tapi mesti pernah rasa satu saat satu ketika kita rasa down sangat2. Tapi bila kita down, apa yang kita fikir dan apa yang kita cari? kawan? twitter? diary? rempit? rokok? bunuh diri? makan? apa apa je lah.  Tapi pernah tak kita duduk, kita cari Allah? kita selalu lupa Allah. sedangkan ujian tu datang drpd Allah. mungkin ujian tu datang drpd manusia. tapi sebenarnya kita tak tahu, ujian tu datang drpd Allah melalui manusia. manusia sebagai wasilah ujian shj. kita lupa kita lupa. kita selalu lupa. lupa Allah yang ciptakan ujian, jadi kepada Allah jua lah kita mengadu mohon petunjuk Allah mohon Allah dorong kita mohon Allah bimbing kita. mudahnya Allah bagi jalan kat kita tapi mengapa perlu bersusah payah cari manusia dan memudaratkan diri sendiri untuk mencari jalan keluar setiap ujian tu? mengapa? tepuk dada tanya iman. 

kita kata kita beriman, tapi kita lupa kita tak yakin pun dengan Allah yang Maha Kaya yang Maha Penolong Yang Maha Hebat. tau tak, yakin dengan Allah ni kuasa dia besar sangat2. hebatnya yakin dengan Allah ni. tahu tak, bila kita yakin dengan Allah, akan ada satu POWER tau yang kita akan rasa. tanpa kita sedar, dengan yakin tu, anything can happen. senang kata, ada magic lah. nak tau tak? okay, i ada satu cerita di mana it happenes to myself. bcs i tahu dan it happened to me kan, so felt that. so one day, masatu hari nak balik rumah lah. cuti apa tah, i tak ingat. biasalah asrama kan.. mestilah syok habis bila dapat balik. em fyi, i kan prefect, ada bilik sendiri 4 org je so i pun buat lah perangai buruk simpan phone sendiri sbb i kan duduk jauh so mmg boleh bawak phone i pun naik train je.. my parents suruh bawak. but usually i akan hantar kat warden all the students' phone and also mine tapi kali tu, aku rasa cam better i pegang. sbb taknak screen retak lagi. okay so takpe. tapi tak disangka sangka, hari balik tu, ada SPOTCHECK BESAR BESARAN!! walaweh, time tu jugak i letak phone i dlm bagasi, dekat poket yang takde kunci, and dekat dlm kelas! sedangkan bilik i tu terkunci and cikgu takkan boleh bukak! ma shaa Allah, perasaan waktu tu kan, hanya Allah je yang tahu betapa berdebarnya betapa lajunya jantung aku berdegup. Allahurabbi, dosa apakah ini 😂 Okaylah, aku pun, letakkan keyakinan aku 500% pada Allah masatu. kebergantungan aku hanya pada Allah semata masatu. (sorry campur2 aku and i 😂)  memang i bagitahu kat kawan2 i masatu, memang takguna la, dyorang bukan boleh buat apa2 kan? so i kan prefect, i kena check dekat asrama. so sepanjang satu blok tu i check i baca "Hasbunallah wani'mal wakil, ni'mal maula wani'man nasir" je masatu. memang tak berhenti lah. memang sentiasa. i berdoa lagi "ya Allah, kau hijabkan lah beg aku tu agar org yang check dlm kelas aku tu tak jumpa phone tu" ha sampai macamtu sekali tau 😂 okay so lepas dah habis semua, kawan i cakap kat i "weh syazul, kalau kau check beg kau nanti ada, sujud syukur lah weh" Allahuakbar, memang masa nak gerak jalan ke kelas kat sekolah tu, perasaan aku bercampur baur, tapi still tak berhenti zikir benda yang sama. okay, sampai je kelas, aku bukak je zip bagasi, selukkan tangan ke dalam, and ALHAMDULILLAH! Ma shaa Allah syukur nya aku waktu tu hanya Allah je yang tau, terus menitis airmata aku. I terus pergi bilik pengawas, sujud syukur terus! and tak dapat menahan lah air mata dari jatuh ke lantai. memang waktu tu, i tahu Allah nak tunjuk something yang i patut share dengan umat sejagat bahawa kebergantungan kita hanya pada Allah, bukan pada sesiapa yang lain.

So I hope, cerita I ni jadi pengajaran buat adik2 kakak2 or abang2 sebabnya I rasa benda tu, I lalui benda tu and I nak uoll tau, Allah is everything that we need. Sesusah mana pun kita, sejahat mana pun kita, Allah tempat kita kembali, Allah tempat kita mengadu. Allahurabbi, penat tangan I menulis. In shaa Allah ada peluang ada rezeki i akan tulis lagi pasal yakin ni. sebab banyak sangat kalau nak cerita. In shaa Allah jumpa lagi di post yang akan datang. wallahua'lam