Macam mana nak berubah?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berubah? Hijrah?
Kenapa nak berubah? Kenapa perlu hijrah? kenapa?
Ada orang kata susah. dan ada orang kata senang. tapi hakikatnya, susah. lagi lagi kalau berubah tu kerana Allah. tapi kesusahan tu lah yang akan membuahkan hasil.
.
wallahi aku kata, hijrah dan berubah tu susah sangat. aku pernah alami satu masa di mana aku berubah drastik sangat. ada la jugak kawan aku yang perasan. tapi aku cam buat donno je la. waktu tu aku baru masuk sekolah agama. tahun 2013. memang totally berubah. aku terus pakai tudung labuh sekolah tu kat luar sekolah pun, even time raya sekalipun. setahun jugak kut. aku macam syadid sgt kot masa tu 😂 tapi naik form 3, aku jadi cam normal balik. tapi normal aku mmg sampai aku berani tak pakai handsock, berani pakai tudung pendek sikit, yang cukup2 syarat. sampai lah ada kawan aku tegur nampak pergelangan tangan. waktu tu aku rasa malu. hahaha. malu weh lelaki tegur. okay takpelah. sampai aku masuk sekolah perempuan masa f4 sampai f5, kat situ aku faham. kenapa aku kena berubah slow2, kenapa aku kena pakai tudung labuh, banyak benda jugak la aku faham. bukan sebab orang lain ke apa, tapi sebab kesedaran diri sendiri. kesedaran diri sendiri tu penting sebab benda tu yang akan dorong kita untuk berubah kerana Allah. and masa aku f2f3 tu aku rasa aku berubah sebab manusia. aku terlalu letakkan high expectation terhadap manusia. sedangkan expectation Allah tu lagi penting. f4f5 tu dah matang la kononnya haha. sbb bagi aku f1 sampai f3 tu adalah waktu aku masih mencari identiti. even f4f5 pun. bagi aku penting sangat untuk tahu identiti kita sendiri. dengan tahu identiti kita, kita akan lebih hargai diri kita sendiri tanpa perlu bandingkan diri kita dengan orang lain. (read my previous post)
.
Hijrah dan berubah ni, bukan kena tunggu hidayah sampai. kita ni sebagai org Islam, nabi ajar doa, doa lah kita dikurniakan hidayah. setiap hari. kita ni Islam kan, pun dikira dapat hidayah tau. nak kata hidayah belum sampai, alquran dah diturunkan 1400 tahun lebih yang lalu lagi. tapi kita still cakap hidayah tu tak sampai? even kita sekolah agama sekalipun, belum tentu iman kita cukup kuat. belum tentu kita mampu pakai tudung labuh kat luar. sebab sekolah agama tu sekarang hanya sekadar nama. aku sedih sebab ada segelintir kawan-kawan sekolah agama yang tak dapat feel tarbiyah kat sekolah agama tu. aku sedih sebab skrg sekolah agama tu hanya atas dasar sekolah dan tak mampu nak bantu diri sendiri untuk bantu org lain jadi baik juga. aku rasa sendiri pun macamtu. yes, aku la tu. bila kita tak hargai tarbiyah yg ada, satu masa kita akan rasa menyesal sangat.
.
lagi satu. ada orang yg berubah sbb manusia kan? jadi bila manusia tu dah takde apa dengan kita, kita pun buat balik benda jahat yg kita buat dulu. nampak kan? dari situ kita nampak kita berubah ni untuk apa dan untuk siapa. sebab bila kita hijrah utk Allah dan Rasul, kita akan dpt Allah dan Rasul, tapi kalau kita hijrah utk manusia, kita akan dapat manusia tu la. tapi sayangnya hijrah sbb manusia ni, dia macam tak feel la. satunya tak feel nikmat hijrah tu. tu semua berbalik kepada niat kita la. sedangkan hijrah tu asal tujuannya adalah untuk dekatkan diri kita dengan Allah dan Rasul. tapi bila once manusia tu jauh dari kita, kita mula berubah arah. sbb apa? sbb kita hijrah tu sbb kita nak kan manusia tu. tapi hakikatnya hati manusia ni milik Allah. siapa kita nak tentukan manusia tu tercipta utk kita. kan? kita ni semua ciptaan Allah Ta'ala. mungkin kita rasa sesuatu tu baik untuk kita, sedangkan ia buruk di sisi Allah. dan mungkin kita rasa benda tu buruk bagi kita, sedangkan ia baik di sisi Allah. Allah lebih mengetahui kan?
.
so pengajaran dari cerita aku di atassss tu tadi, nak berubah kena slow2. macam perempuan, tak perlulah terus pakai purdah utk berubah. sehelai kain tu bukan gambaran kita dah berubah. cuba lah sikit2 dulu. mula daripada sekecil-kecil perkara, iaitu akhlak. pakai purdah, pakai tudung labuh tapi kalau akhlak tak jaga, tiada nilai di sisi seorang wanita yang bergelar muslimah. akhlak ni sangat penting. sebab ia yang akan mencorakkan kita pada masa depan. contohnya keturunan kita nanti.
.
Jadi, sahabat sahabat di luar sana tu kalau rasa nak berubah, go for it! jangan tunggu. cari kawan kawan yang baik. there is a lot of people out there yang baik. bukanlah tak ada yang jahat. hidup ni ada dua pilihan tau. sama ada kita nak baik atau jahat. so choose! choose the best one. jangan menyesal di kemudian hari nanti.
.
in shaa Allah ni sahaja daripada aku. sebarang komen, pertanyaan, atau cadangan. boleh kongsikan dalam ruangan komen atau media sosial saya. wassalam. 🌹
Comments
Post a Comment