bagaimana nak menghargai diri sendiri?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

love yourself before you love someone else. takde kena mengena dengan apa yang aku nak cakap harini but aku akan kupas kejap lagi. 
.
so guys. kenapa kita rasa tak bersyukur dengan apa yang ada? cuba fikir seketika. why? why i never thanked for what i have? okay aku cuba jawab. sebab, kita selalu sangat tengok orang yang lebih daripada kita. kita selalu sangat tengok orang yang lebih berjaya, orang yang lebih kaya, daripada kita. sebab tu, kita susah sangat nak bersyukur. sedangkan, Allah dah bagi kita secukupnya dan yang terbaik untuk kita. Tapi, kita tak pernah amik port tentang hakikat tu. betul ke betul?
sebab tu, kita jarang hargai diri kita sendiri.
kenapa kita tak pernah hargai diri kita sendiri? sebab, kita dah banyak sangat rosakkan diri kita dengan perkara yang sepatutnya. sedangkan, dunia ni Allah cipta untuk kita berusaha untuk kehidupan yang kekal di Sana nanti. bila kita rosakkan diri kita, bayangan untuk kita ada masa depan yang lebih cerah tu semakin pudar. (ceh, tinggi sangat bahasa. korang faham ke?hahah) sebab tu kita rasa oh aku tak boleh jadi macam dia and kita decide untuk jealous and sometimes ada daripada kita yang sanggup buat benda bodoh (sihir, santau, etc.) 
.
tapi senang je sebenarnya kita nak hargai diri kita sendiri ni. macam mana? senang je. aku ulang, senang je. tengok orang yang kurang dripada kita. sekarang ni, kita mampu hidup dengan aman, selesa, mampu makan pagi petang siang malam, mampu beli handphone canggih, mampu bayar yuran sekolah, yuran universiti/kolej, mampu bercuti dengan family dan kawan-kawan. tapi, kita tak pernah sedar, ada orang yang tak dapat lansung apa yang kita dapat sekarang, ada orang yang tak pernah lansung rasa apa yang kita rasa sekarang. contoh, masyarakat Islam Rohingya, Palestin dll. kebahagiaan? kekayaan? keselesaan? mana? mana? diaorang tak dapat... Allah.. kalau kita ada kat tempat diaorang sekarang, mampu ke kita hadapi? mampu ke kita? tak mampu kan? kita nak dengar bom secara live pun tak pernah rasanya. diaorang hari-hari.... Allah.. 
.
Lagi satu, cara nak hargai diri sendiri is dengan sayangi diri sendiri. bila sayang diri kita sendiri, wallahi kita takkan sanggup buat benda bodoh. bila kita sayang diri kita sendiri, kita tahu mana yang buruk mana yang baik. kalau kita tak tahu sekalipun, kita akan cuba untuk tahu. sebab tu, pentingnya iman dalam diri. bagaimana seseorang itu dia katakan dia beriman sedangkan dia tidak diuji (al-quran). and salah satu cara untuk kuatkan iman kita ialah dengan cara yang nabi ajar: (zikir)
جددوا ايمانكم بقول لا إله إلا الله محمد الرسول الله
.
lepastu, bila kita dah sayang diri kita, for sure kita takkan buat benda jahat. bila kita tak buat benda jahat, automatic kita akan buat baik, and secara tak lansung kita bahagia dengan apa yang kita buat and dapat ketenangan. so masatu kita tak perlu lah nak bandingkan diri kita dengan orang lain. bukan suruh kita riak, it just to appreciate ourself. kita nak orang lain appreciate kita, tapi kita sendiri tak appreciate diri kita. 
okaylah aku bagi satu contoh ae, kita ni jahat, tapi kita nak jadi murid kesayangan cikgu or lecturer, jadi kesayangan kawan-kawan. kita rasa rasa lah, boleh ke? tak kan? that is why, kita kena jadi baik.. kena appreciate diri kita, kena sayang diri kita, then baru kita boleh harap orang akan buat baik kat kita, orang appreciate kita, okay? 
tapi, kalau tak reti sangat buat baik, cuba mulakan sikit-sikit. ubah dari segi pakaian ke, ubah dari segi percakapan ke, yang penting ada usaha. sebab semua orang ada peluang kedua. tak kisah lah, yang penting kita kena bagi peluang untuk diri kita atau sesiapa sahaja. sebab semua orang layak untuk peluang tu. Allah pun sentiasa memaafkan hamba-hambaNya. apatah lagi kita manusia biasa yang hina. kan? 
.
In shaa Allah itu sahaja perkongsian daripada saya. sebarang persoalan boleh kongsikan di ruang komen eh. thank you. assalamualaikum :)

Comments

Popular posts from this blog

Apa perlu buat bila rasa down?

Salam Maal Hijrah : Mari Berhijrah