Rokok. Haram atau Makruh?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


rokok. haram atau makruh? 
.
aku rasa aku nak share apa yang aku dapat daripada ceramah ustaz abdullah khairi yang aku dengar sebelum ni. lebih kurang 2-3 kali aku dengar. nah, aku taknak cakap la haram ke makruh. basically perempuan akan kata haram dan lelaki kata makruh. sebab apa? majoriti yang hisap rokok siapa? (jawab sendiri). aku? ofkos aku kata haram. sebab? benda tu memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling. kalau rasa dah bersedia sangat nak mati. hisap banyak2. dahlah memudaratkan, membazir pulak tu. sedangkan Allah dah bagitahu dalam al-Quran
إنّ المبذرين إخوان الشيٰطين
 yang bermaksud: " Sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan"
(betulkan saya kalau salah)
Jadi, kalau rasa nak jadi kawan syaitan, teruskan pembaziran. 
.
makruh? okaylah, kita bagi satu kronologi. petai makruh kan? tapi sekali kau sendawa waktu solat jemaah, orang lain terganggu, kira berdosa tak? aku nak tanya, apa hukum ganggu orang solat?
.
rokok? bagi aku benda tu haram. jadi bila benda haram masuk dalam badan, bila buat benda haram, benda tu tak mustahil akan effect dekat anak keturunan kita. bila kita makan benda haram, tu yang dapat bini tepi traffic light, tepi tandas, dok fewit fewit. tak teringin ke, nak dapat isteri solehah? bila dapat isteri solehah, in shaa Allah anak keturunan kita pun in shaa Allah baik baik. 
.
cakap pasal makan benda haram, ingat tak satu cerita ayah imam hassan al-basri? asalnya tergigit sebiji buah epal je. tapi sebab takutnya dia termakan benda haram, terus cari tuan punya buah tu and sanggup khidmat dengan orang tu selama 10 tahun. akhirnya dapat isteri yang sangat sangat sempurna yang sangat susah nak jumpa sekarang. dan daripada mereka berdua, lahirlah seorang ulama' al-imam hassan al-basri. 
.
jadi aku tak tegaskan hukum rokok tu haram. aku bukan mufti nak tentukan itu haram or halal or whatever. aku pun bukan yang banyak ilmu. boleh kata, aku ni memang jahil lah. tapi aku nak tanya lah kan, apa manfaat yang kita akan dapat daripada rokok dan yg sewaktu dengannya? so as in my opinion, tinggalkan lah benda yang kita rasa tak perlu. and cuba fikir, apa Allah redha dengan benda yang kita buat, and cuba fikir, bila kita buat benda yang Allah larang, apa Allah akan bagi apa yang kita mahu dan minta? Tak malu ke, kita buat benda yang Allah tak suka, tapi hari-hari kita mintak macam2 kat Allah. Tak malu ke, kita buat benda haram, tapi Allah masih bagi kita peluang untuk hidup dan masih bagi macam2 nikmat? Sama2 kita fikirkan.
.

Moga bermanfaat. 

Comments

Popular posts from this blog

Apa perlu buat bila rasa down?

bagaimana nak menghargai diri sendiri?

Salam Maal Hijrah : Mari Berhijrah