hakikat seorang hamba

ASSALAMUALAIKUM



Hi there.. apa khabar penduduk bumi yang dirahmati Allah? okay now, masing2 amek satu kertas putih plain fresh dari mana2 je lah ladang ke, kilang ke ape2 je lah (okay, tak masuk) make sure kosong aw taknak ada kesan conteng. ye ah, buat baik kena ikhlas kan? (mesti tak faham en?) k, tak perlu faham hahah. erm, amek pen or pencil, lukis satu titik hitam kat mana2 je lah yang antum suka. besar sikit biar bagi nampak sikit je.Done? Okay, now. before antum lukis titik tu, apa yang antum nampak dekat kertas tu? it might be antum akan cakap "plain" "kertas putih yang kosong" " takde pape pun" but after antum lukis titik hitam tu, apa yang antum nampak? okay titik hitam kan? confirmlah kan.. sebab its clearly can be seen.

erm, ana pun tak tahu kenapa tiba-tiba tajuk ni yang keluar tengah-tengah malam ni. but sikit je nak cerita. manusia ni sering buat silap. memang itu hakikat kita sebagai seorang HAMBA yang TAKDE APA2. Hamba ni dahlah takde duit, semuanya tuan dia bagi. macam kita MANUSIA. Kita kan HAMBA kepada DIA YANG SATU? kan kan kan.. seluruh yang ada pada kita ni, yang ada dengan kita ni, yang kita pakai ni, yang kita pegang ni, yang kita sentuh ni semua ALLAH PUNYA. we do have nothing, i repeat NOTHING. tapi manusia kan, dah nama pun manusia, kesalahan orang lain yang sekecil zarah tu lah kita nak pertikaikan. padahal banyak lagi kebaikan yang dia buat kita tak nampak. macam kertas tadi, satu titik hitam tu lah yang kita nampak. tapi kawasan putih yang lain tu, kita buat buat tak nampak je kan. 

so, back to the topic.. kita ni HAMBA kan? say 'YES' please..... okay good hahah. macam yang ana cakap tadi lah, hamba ni tak ada apa2 kan? and, hakikat seorang hamba ni, dia PERLU taat kepada tuan dia... betul tak betul tak? and, tak boleh ingkar arahan tuan dia. And ana rasa semua orang tahu, dalam sehari kita cuma dipanggil LIMA kali sehari bersamaan 5 minit untuk satu waktu = 25minit sehari jeeee untuk berkhidmat. Sehari ada 24 jam, dan masa kita berkhidmat tak sampai 30 minit pun .. Erm, jadi tiada istilah "TINGGAL SOLAT DENGAN SENGAJA" 

Kalau rasa dah buat salah tu, cepat-cepatlah bertaubat. kalau dengan manusia, kita kena lah minta maaf ye? Kalau dengan Allah TAUBAT is the way to remove our BIG SINS. Orang-orang yang nak bertaubat mestilah ... Jeng jeng jeng ! 

Pertama! Tinggalkan maksiat yang dilakukan
Kedua! Menyesali perbuatannya
Ketiga! Berazam tidak akan mengulanginya
Tapi, taubat untuk dosa besar kan? macam mana nak hapuskan dosa2 kecil pulak? erm, paling senang lah kan kalau dah malas sangat, AMBIL WUDHU' DENGAN SEMPURNA... okay? 

Okay ada satu cerita ni, seorang pengembara pergi mengembara dengan untanya yang sarat dengan makanan. Kemudian, pengembara ni pun ingin berehat. Tiba2, tali pengikat untanya terputus. Tidak berapa lama kemudian, pengembara ni pun tersedar dan mendapati untanya hilang. Dia berasa amat sedih. Lama-kelamaan, untanya pun muncul dihadapannya. Pengembara tu rasa gembira yang teramat sangat. TApi kan, nak tahu something tak? Allah lagiiiii sukaaaaaa orang yang bertaubat kepadanya..

Senang kan cara2 nak bertaubat ni? Tapi, kenapa ramai yang susah nak bertaubat? Sebabnya, dah hilang rasa kehambaan dalam diri kita. DUSH! (macam terkena batang hidung sendiri kan?) padu paduuuuu

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan hamba-hamba Al-Rahman ialah mereka yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila mereka disapa oleh orang jahil (dengan kata-kata yang kesat) mereka menjawab dengan ucapan yang baik." 
(surah al-furqan 25:63)

in shaa Allah, nukilan ini bermanfaat untuk semua. andai ada salah dan silap mana2, mohon teguran dari antum semua. syukran alaikum kerana sudi membaca walau tak seberapa. moga kita bertemu dalam nukilan yang seterusnya. yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu juga dari Allah tapi disandarkan kepada ana sebagai manusia yang lemah. wallahua'lam... 

Pray For MH370

ASSALAMUALAIKUM

Hai, penduduk bumi yang dikasihi Allah.. Apa khabar hati kita harini? Pastinya ramai yang bersedih apabila berita mengenai kapal terbang yang sudah hilang selama hampir 18 harini. Spekulasi mengatakan penerbangan tamat di lautan hindi. Hmm, ana masih tak percaya. Sebabnya, mereka baru jumpa "POSSIBLE OBJECT". Ahh, banyak sangat khilafnya..lol  Jujurlah kan, ana pun rasa nak menangis. idk why. Well, i can't do anything except by sending du'a for them. 

Oh ya, ibu ana ada cerita yang ada sorang orang Indon ni, dia mimpi sorang kru dalam kapal tu. nak dijadikan cerita, orang Indon ni mmg dianugerahkan oleh Allah yang dia boleh nampak orang di alam ghaib. And, orang Indon ni ceritalah yang dia jumpa salah sorang kru dalam kapal tu and kru tu cakap apatah. Tapi yang pasti dalam mimpi tu, org Indon ni menangis sebab nampak ramai manusia dalam tu and ada dua orang bayi. Oh jap! Kru tu cakap lah yang dyorang ni dah terhempas kat laut hindi tu.. erm, lebih kurang camtulah citer dia, wallahua'lam...

Malam semalam ayah ana tunjukkanlah kedalaman lautan hindi tu, and when I saw it PERGHHH I can't describe how deep it is. My dad said that, semua ikan jos ikan jerung semua ada dalam tu. And, how come the SAR gonna find them? So hard man.. Well, it's all Allah's plan. He knows what He did. He knows better than us.

Lets send our du'a for MH370 may Allah place them in goodplace in shaa Allah..So the conclusion is, yang pergi biarkan pergi. yang hidup ni kena teruskan hidup walau hakikatnya sukar untuk menerima hakikat yang telah ditentukan. Innalillahiwainna ilaihi raji'uun... wallahua'lam


Cuti Sekolah

ASSALAMUALAIKUM


Hai penduduk bumi yang dirahmati Allah! Apa khabar hati-hati kita harini? Alhamdulillah.. Ana rindu sangat nak menulis. Entah rasa rindu nak menulissebab dah lama benar rasanya tak menulis selalu macam ni. So, nak cerita sikit, sikit je.. Ana tak tahu kenapa, dah 3 hari cuti ni ana selalu bosan. Ana sendiri kurang pasti mengapa. Ana harap antum dapat bantu ana. Tapi, ana rasalah "mungkin" I used to be dengan suasana di hostel. Err, it might be. idk. 

Anyway, sahabat-sahabat ana yang sedang bercuti sekolah tu.. Apa rancangan cuti antum kalini? Pasti yang hebat belaka kan. MasyaAllah... have fun! Oh ya, ana cuba lah nak MANTOPkan akademik ana, ana try buat study group dengan kenalan lama ana. Tak tahu macam mana esok, cuma mengharapkan semoga semuanya berjalan lancar. Budak skolah sains tu.. 

Sungguh lah ana kata, ana memang selalu mengantuk dalam kelas, terutamanya kelas bahasa Arab. Ana pun tak tahu kenapa sampai ana rasa nervous dan takut yang amat bila ustazah masuk. perghh BERDEBAR woi. Tapi ana dapat rasa lah yang ustzah sebenarnya realise yg ana tidur, tapi entah kenapa ustzah tak pernah tegur. Tu yang ana rasa serba salah sangat. Ana selalu tidur time Qowa'id haritu. Memang bila ustazah suruh buat latihan 15 page pasal qowa'id ana ternganga. Tapi alhamdulillah lah ada lah jugak sahbat yang sudi membantu, terutamnya damia zuran, zofir dan lain2..

Pastu en, ana tak tahulah kenapa ana susah sangat nak jawab soalan sains bila cikgu saiffuddin tanya. sahabat2 ana yang lain macam senang kacang goreng je nak jawab. Memang nampak lah ke-semengatan dyorang nak jawab sampai terjerit-jerit (aih malunyaa) Pernah sekali tu, cikgu masuk, terus sebut nama ana and kena jawab. Ana tak tahu kenapa cikgu senang sangat nak target ana. Mungkin sebab posisi ana yang berhampiran dengan meja guru? "mungkin" Oh ya, sambung cerita. Ana memang tak dapat jawab. (agak memalukan di situ) MasyaAllah.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya dan betapa berdebarnya ana. dahlah jawapan salah. aishhh... Tapi, lesson learned. Lepasni kena belajar sungguh2 ah untuk subjek sains. dahlah selalu dapat B. Jujur eh, dari darjah 6 lagi. Padahal cita2 nak masuk kelas SAINS kata kau.ENtah ah, rase susah benor ler nak kena ingat sains tu. Hmmm... (nak menangis pun ada)

But, yang bestnya time English. mengantuk time buat kerja je. tak pernah lagi ah tidur time teacher aimi. feeling good masatu hahahah. Maybe sebab that is the one of my fav subject kott.. Yang bestnya bila dapat jawab soalan yang tchr bagi. feeling nyaaaa.. sape je yang tak gembira bila dapat jawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh guru2 yang bertauliah ni kan.. kalau boleh, semua cikgu nak tanya soalan yang lari dari konteks sebagai seorang pelajar. aaa macam sejarah ah kan. tiba-tiba cikgu tanya pasal isu semasa yang kita pun tak tahu apebenda sebab ketiadaan tv dan surat khabar. memang blur lah kan.

Okay sejarah. Ana pun tak tahu kenapa belakngan ni, ana excited oh nak belajar sejarah. cikgu belum ajar lagi dah siap buat nota. sebelum ni takdenya.. memang mengharap cikgu suap semua benda.. But, ambil semangat cikgu RAHMAN. Walaupun cikgu dah pindah, tapi semangat cikgu sentiasa ada bersama kami di STIAS.Rindu sangat kat cikgu Rahman. Walaupun kenangan ana bersama cikgu tak banyak macam sahabat2 ana yang lain, tapi cukuplah sekadar kenangan berada dalam kelas. 

First time ana tulis panjang2 camni! Nak memantopkan karangan katanya.. haha. Alhamdulillah, harapnya dapat berkongsi lagi dalam nukilan yang seterusnya pula kan.. In Shaa Allah.. Kongsikan pulak antum punya cerita? Okay, that's all from me. Tabarakumullah! wallahua'lam..

perjalanan masih jauh

ASSALAMUALAIKUM


Entah mengapa. hati ini tergerak untuk menulis setelah sekian lama. entah mengapa malam 22 Mac ini menjadi pilihan hati. Ada perkara yang ingin ana kongsikan bersama seluruh umat. Perasaan ini yang ana rasai sendiri setelah lima belas tahun ana berpijak di muka bumi ini. 

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah tadi, ana terlihat beberapa batang pokok. Sebahagiannya kering kemerah-merahan, dan sebahagian lagi masih segar kehijau-hijauan. Ana hairan. Kalau nak kata disebabkan cuaca panas, sudah tentu pokok yang lain juga akan dalam keadaan yang sama. Tetapi ini lain ceritanya. Bila ana tengok pokok tu, ana pun terfikir sesuatu. Sesuatu yang boleh ana kaitkan dengan kehidupan yang ana alami. Ana teringat kata pepatah yang acap kali kita dengar " rambut sama hitam tapi hati lain2" (ops, ada kena mengena ke?) tak kesahlah. erm, tapi nak sangat sentuh pasal tu. Bukan nak kata apa, cuma ana rasa nak menangis bila orang suka judge a book by its cover. Kita semua sama, even pokok tu lain warna, lain keadaan kesihatannya, kalau Allah kata dia masih hidup masih sihat, pokok tu still akan berdiri tegak tak tumbang ke tanah. Pokok juga makhluk. sama seperti kita, cumanya kita diberi sedikit kelebihan untuk berfikir.

Kita punya anugerah terindah yang dikurniakan Ilahi iaitu akal. Apa fungsinya sebuah akal andai ia digunakan dengan cara yang salah dimana kita gunakannya untuk something yang act kita tak perlu fikir pun. Kita semua dah sami'na wa ato'na. dah besar. semua boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. bak kata cikgu ana, "pandanglah dengan mata hati". jangan sebab perangai dia yang buruk satu tu, kita terus judge dia yang bukan bukan. Say NO to that attitude! 

Ana saja je nak tulis. merepek ye dop? sebabnya dah lama sangat tak menaip. rindu sangat hahahahaha.... Kawan ana pun kata boring bila baca benda yang sama je. so, dalam kesempatan cuti sekolah untuk belajar ni, (EXAM IS JUST AROUND THE CORNER!!!!) Baca baik2! Ana, ismi Aisyah akan meng-update blog setiap hari dalam masa seminggu ni andai diizinkan oleh yang Maha Esa ^_^

Okay, tu je yang dapat dinukilkan dalam nukilan kalini. semoga berjumpa lagi dalam nukilan yang seterusnya. MOga kalian berada di bawah jagaan Ilahi ye. Assalamualaikum dan selamat bercuti semua .. wallahua'lam



Cinta Bertemu Allah

ASSALAMUALAIKUM



Today, i would like to share a hadith from our beloved prophet Muhammad s.a.w. 

"Barangsiapa yang mencintai bertemu dengan Allah, nescaya Allah menyukai bertemu dengannya Barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah pun tidak suka bertemu dengannya."
 (HR Bukhari & Muslim)
Subhanallah, hadis sohih ini sangat mendalam maksudnya. Nak terangkan pun tak layak rasanya. Cuma ana nak share sikit. sikit je tak banyak.

Tak kenal maka tak cinta. Maka, jika kita tidak mengenal Allah, kita tak akan merasai nikmat mencintai Allah. Hendak mengenali Allah, ada dalam jalan2 para rasul, ilmu sains, yang boleh membawa kita merasai adanya pencipta. dan juga kita boleh mengenali Allah itu dengan cara melihat kepada fitrah kita, yang nak adanya kekasih, nak ada tuhan, nak ada sembahan, nak ada penyelamat, nak ada tempat luahan kesedihan hati. so, fitrah ini di-installkan secara semulajadi untuk cari Allah dalam hidup kita.

Okay, sikit je lah, yang ana dapat daripada ustazah fatimah syarha. InshaaAllah, semoga kita sama2 dapat mencintai Allah dan mencintai bertemu denganNya. Nasihat ana, jangan biarkan raja dalam diri yang bernama hati menguasai kerajaan diri kita ya. May Allah bless you. Salam Alaik.