Apa Itu Taqwa?

ASSALAMUALAIKUM

Apa itu taqwa? tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab
Pernahkah kamu meyusuri jalan yang penuh berduri? balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
Pernah.. jawab Umar.
Apa yang kamu lakukan? pintas Ubai.
Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati, jawab Umar lagi.
Itulah taqwa.. simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang taqwa.
Allah telah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 102 yang bermaksud: ”Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
Awalnya mungkin terasa berat, namun apabila ianya dihidayahkan oleh Allah s.w.t akan kemanisan iman, saat itu senyuman taqwa dan tawa akan terus menemani hari-hari kita..

Alhamdulillah, dapat kongsi sedikit info/ilmu dengan kalian. Moga-moga diberkati yang Esa. InsyaAllah, kalau ada masa,aisyah nak kupas topik yang lain. Maaf ye, aisyah sangat sibuk akhir-akhir ni. Sambutlah salam aisyah dengan hati yang lapang. Wassalamualaikum w.b.t