Salam Maal Hijrah : Mari Berhijrah
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, dapat kita bertemu lagi dalam post kalini, kikiki :) Satu Muharram, detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah, perpindahan Nabi dan umat Islam, dari Kota Mekah ke Kota Madinah ~ Sempat bernasyid lagi. Aisyah , aisyah .. Baik, sebelum tu, salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia, semoga tahun ni jauh lebih baik daripada sebelum ini. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Selami Jiwa, Rawat Rohani, Perkasa Peribadi. Ya, kata-kata semangat sempena maal hijrah malam ni ye. Sempena tahun baru ni, Aisyah yakin pasti ramai dalam kalangan kita ni yang dah pasang azam tahun baru kan? Alhamdulillah, tahniah kepada yang sudah. Yang belum, masih belum terlambat lagi, bila2 pun kita boleh berazam untuk menjadi lebih baik, tak semestinya tunggu bila tahun baru je. Pintu taubat masih terbuka luas, mari kita rebut peluang tu selagi masih ada.
Sebut tentang Maal Hijrah. Aisyah nak kupas sedikit tentang "Hijrah". Hijrah mengikut konteks hijrah Rasulullah adalah berpindah dari satu tempat kepada tempat yang lain. Tapi Hijrah yang akan aisyah kupaskan malam ni adalah berubah dari yang tak baik, kepada yang baik atau yang baik, kepada yang lebih baik :) Saudara seperjuangan Aisyah sekalian, sedar tak sedar kita ni sudah berada di akhir zaman sebab masa zaman Rasulullah dulu dikira akhir zaman. Sebab apa ? Sebab Rasulullah tu Nabi dan Rasul terakhir? :) Aisyah yakin semua orang tahu kita sekarang ni di akhir zaman, tapi kenapa Remaja sekarang susah benar nak sedar. Allahu, Aisyah pernah kata, hidayah perlu dicari. Aisyah tahu, memang hidup bersosial dan enjoy ni memang seronok. Sungguh Aisyah cakap. Tapi, dunia kita makin hampi dngan kemusnahan, mati lagi lah. Anytime Allah boleh suruh Malaikat Izrail cabut nyawa kita. Mati ni seperti antara azan dan iqamat. MasyaAllah, singkatnya hidup.. Ingatlah, berhijrah memang senang, tapi Aisyah tahu nak istiqamah susah. Tapi, kalau ia dilakukan secara perlahan-lahan InsyaAllah hasilnya lumayan saudara saudari sekalian.
Muslimin muslimat sekalian,
Andai kata, kita dapat hidayah secara lansung atau tidak, sama ada disengajakan atau tidak, mohon janganlah tolak. Aisyah tidak memaksa, kerana Islam datang bukan untuk melarang perbuatan kita, tapi Islam datang untuk mendidik kita. Aisyah ada tips berhijrah sedikit ni. jom baca :
1. Niat kerana Allah (Lillahi Ta'ala)
2.Letak target (Minta sesiapa sahaja menegur perbuatan kita)
3. Mencari suasana dan rakan yang baik. (cth: Pergi ke Masjid)
4. Bersabar dengan cemuhan (Pedulikan apa orang nak kata, berhijrah urusan kita dengan Allah)
5. Berdoa kepada Allah (Jangan sombong, Percaya kepada Allah. InsyAllah Dia akan bantu kita)
Okaylah, ibu dah suruh tutup laptop. Aisyah pun nak layan cerita Adam dan Hawa. hehe, Bittaufiq Wannajah kepada yang nak berhijrah tu ye. Semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah. insyaAllah. Ana uhibbutum fillah .. Jaga diri, iman dan hati. waasalamualaikum w.b.t
Comments
Post a Comment