Bersediakah anda Menghadapi Mati ?

ASSALAMUALAIKUM


Kaifa haluka/haluki followers dan pembaca blog Aisyah sekalian. Jazakallahu khairan khatiran kerana melawat blog Aisyah yang serba ringkas ini. Salam Malam Jumaat yang barakah. Aisyah tak nak cakap banyak. cuma, Aisyah ada soalan. Bersediakah kita menghadapi mati?

Masyaallah, walau kepada siapapun kita lontarkan soalan ini pada akhir zaman ini majoriti atau kebanyakan daripada kita akan menjawab "Tidak, saya belum bersedia" atau " Malam masih muda! Hidup mesti enjoy!" ataupun " Masih banyak lagi masa, nanti dah sampai seru saya berubah lah". Allahuakbar. Manusia akhir zaman sekalian, tidakkah anda sedar? Dunia sudah hampir di penghujungnya. Sudah banyak aktivit yang memesongkan akidah, sudah ramai yang memandang remeh terhadap hukum Allah. Aisyah ada terjumpa satu artikel dari twitter yang mengatakan :  " Malaikat maut akan turun ke bumi memerhati wajah manusia sebanyak 70 kali sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang bergelak ketawa. Maka berkata Izrail : "alangkah hairannya aku melihat orang ini sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa." (diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a) 

Wahai manusia, masihkah anda ingin berseronok menikmati keindahan dunia yang sementara setelah membaca hadis tersebut? Sedangkan anda mengetahui keindahan Syurga itu lebih hakiki dan tiada tolok bandingnya. SubhanAllah. Masih belum terlambat untuk berubah, yang penting niat. Biarlah berangan sekalipun, kerana Malaikat akan mengaminkan doamu , InsyaAllah, Dia akan membantu. Tidak lah terlalu mudah, namun tidaklah terlalu sukar. Perlahan-lahan .. Yang penting usaha + tawakkal = insyaAllah berjaya. Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tidakmasuk ke dalam mulut.

Aisyah tidaklah semaksum Rasulullah juga para malaikat. Namun, teguhkan pendirianmu untuk berubah ke jalan yang diredhaiNya. Tabahkan hatimmu menempuh dugaan. Fight for Islam! Ayuh sahabat seAgama Aisyah, kita sama-sama pertahankan Agama Allah ini hingga ke titisan darah yang terakhir, mari kejar Syurga Allah ? Kerana Syurga itu sememangnya impian semua orang. Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS. Salam ukhwah fillah dari Aisyah Dikalau didizinkan oleh Allah, esok Aisyah update lagi. Assalamualaikum w.b.t 

Comments

Popular posts from this blog

Apa perlu buat bila rasa down?

bagaimana nak menghargai diri sendiri?

Salam Maal Hijrah : Mari Berhijrah