Perempuan atau Muslimah ?

ASSALAMUALAIKUM


Kaifa haluka/haluki followers, pembaca dan pelawat blog Aisyah semua? Sebarang komen untuk post ni bloh ke sebelah kana blog ni yang ada bentuk halfsphere tu. kecil je, gerakkan mouse di ditu, nanti nampak lah tulisan *comment*. Alhamdulillal, dapat kita jumpa lagi dalam post kalini. Okay, menarik tak? InsyaAllah, tajuk ni boleh menghidupkan idea Aisyah yang terperap dalam minda Aisyah ni. Kita mula dengan definisi perempuan dan muslimah.

Perempuan dan muslimah adalah satu perkara yang berbeza. Perempuan adalah perempuan biasa. Even yang bukan beragama Islam pun kita boleh kata dia perempuan. Tapi Muslimah ini Allah bagi khas buat wanita Islam sahaja. Hebat kan Allah? :) MAksud muslimah menurut ustazah Aisyah adalah, wanita Islam, yang pandai menjaga kehormatan dirinya dan melaksanakan perintah Allah. Berbeza kan? Tapi, persoalannya sekarang ni, pandai jaga kehormatan yang macam mana tu? Haa, mula-mula sekali, dari segi pakaian, dah tertutup dari atas sampai ke bawah ke? dah betul2 tutup tanpa ternampak walau sedikit pun? Tak susah sebenarnya kalau dilakukan secara perlahan-lahan. Yang penting niat kerana Allah. Tentang  tudung , dah cukup labuh? Baju , dah cukup longgar? Seluar , dah cukup longgar? #SelfReflect. Jangan peduli apa orang nak kata, pedulikan cemuhan manusia. Kita kan muslimah? Kerana, seorang muslimah itu boleh setabah Maryam, meski dikeji, dicaci, namun itu cuma cercaan manusia. Sucinya Allah memuji. Subhanallah, indahnyaa .. 

Kemudian, kehormatan diri dari segi akhlak kita. Tepuk dada, tanya iman. Apa yang kita lakukan selama ni bakal menunjukkan yang kita adalah seorang Muslimah andai kita terlalu mengikut adat dan budaya barat ? Allahuakbar, meski banyak dugaan yang perlu ditempuh, ingatlah "La tahzan, innallaha ma'ana". Dugaan bererti, Allah masih ingat da syangkan kita. Bersabar ye bakal para syuhada' sekalian :) Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. 

Baiklah, masa sudah mencemburui kita pada malam ini. InsyaAllah, esok Aisyah akan kupaskan topik yang lebih  menarik lagi insyaAllah .. Uhibbutum fillah .. Jaga diri, iman, dan hati. InsyaAllah, kita dirahmati. Jazakallahu khairan kerana sudi membaca. Semoga anda suka. Waasalam





Comments

  1. Wah! Alhamdulillah. Rasa seronok bila baca entry Aisyah sekarang :) Teruskan perjuangan kamu Aisyah! InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. @Eda Ali Thanks for support Eda :D InsyaAllah, Aisyah akan teruskan ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa perlu buat bila rasa down?

bagaimana nak menghargai diri sendiri?

Salam Maal Hijrah : Mari Berhijrah