Indahnya Bercinta Selepas Bernikah
ASSALAMUALAIKUM
Sobahul khair sahabat followers dan visitors Aisyah sekalian :) Kaifa haluka/haluki? Alhamdulillah .. Menarik bukan tajuk harini ? Subhanallah, dikurniakan idea kepada Aisyah untuk buat tajuk yang sunnguh indah pada pagi Sabtu yang barakah ini, insyaAllah.
Muslimin dan muslimat sekalian,
kita dikurniakan Allah pelbagai kelebihan, kita mempunyai deria rasa, bau, sentuh, lihat dan menghidu. Malah kita juga dikurniakan HATI, dimana di situlah terletakanya pelbagai perasaan yang sangat istimewa. Antaranya ialah marah, dengki, sedih, gembira dan yang paling besar adalah CINTA. MasyaAllah, perasaan ini semakin luas dikalangan anak muda pada dasawarsa kini. Jadi, apa itu Cinta yang sebenar-benarnya menurut Islam ? Mari kita hayati. Cinta dalam Islam bermaksud, Cinta adalah fitrah, semua orang ada fitrah itu. Namun remaja kini, menyalah tafsir fitrah tersebut. Mereka mengagungkan cinta kepada manusia, namun bukan kepada Allah. Sedangkan, fitrah yang dikurniakan itu adalah untuk saling mencintai kerana-Nya. Jika benar kamu mencintai seseorang, cintailah kerana-Nya. Andai dia adalah jodoh kamu, berdoalah semoga suatu hari nanti kamu bersamanya.
Aisyah tak kata bercinta sebelum kahwin itu HARAM, tidak Haram sebenarnya. Tetapi kalau bercinta tanpa ada niat untuk berkahwin (cinta monyet) itu HARAM. Aisyah tak kata, tapi Allah yang kata. Duhai Muslimah, mahalkanlah Cinta mu. Cinta buat yang halal. Cinta yang sukar digapai, hanya yang berhak dan bertuah sahaja boleh mendapatkannya.MAsih belum terlambat untuk berubah. Lift up your hands and tell Allah what do you want. Jika ia adalah untuk ke jalan kebenaran, InsyaAllah Dia perkenankan doamu.
Baiklah, tak rasa seronok ke bila bercinta selepas kahwin? Bila dah halal, tiada apa yng dapat menghalang. Lebih-lebih lagi, bernikah kan sunnah? Seronoknya bila berkahwin, macam-macam yang ingin diborakkan. Tiada siapa yang nak halang bila kamu dan dia berdua. Biarlah kahwin di usia muda, syaitan lari :) Allahu, seronok lagi kalau kita bertudung,bila kahwin dia lah satu-satunya lelaki yang boleh membuka hijabmu dan melihat rambutmu. Seronokkan? Cuma, Aisyah berasa hairan melihat manusiaakhur zaman yang mengagungkan cinat manusia mereka, sanggup lakukn apa sahaj buat orang yang belum tentu halal untuknya. Tidak pula mereka mengagungkan cinta Allah dan melaksanakan perintahnya? sedangkan cinta kepada-NYa lebih hakiki. MasyaAllah ..
Memang indah, jadi berdoalh kepdanya untuk mendapatkan jodoh yang baik buat kita. berdoa dan berusahalah. Salam ukhwah fillah daripada Aisyah semoga kita mendapat hidayah dan keberktan daripadaNya. InsyaAllah. Assalamualaikum w.b.t
Comments
Post a Comment