Hiburan Dalam Islam : Boleh atau Tidak ?
ASSALAMUALAIKUM
Kaifa haluka/haluki pembaca blog, followers dan pelawat blog Aisyah semua? Semoga dalam keadaan yang baik-baik ye :) Alhamdulillah, dapat Kita bertemu lagi dalam entry kali ini. Okay, HIBURAN. Memang fitrah manusia sangat memerlukan hiburan dalam kehidupan. Pernah masa zaman Rasulullah, waktu bulan perayaan lah. Jadi semasa Rasulullah berjalan dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidinia Abu Bakar ternampak sekumpulan wanita bermain gendang dengan menari, ya Allah gembiranya mereka. Lalu, bila Saidina Abu Bakar nampak, beliau ni kan waraka orangnya, jadi Saidina Abu Bakar terus menjerit pada kumpulan tersebut "Hey! Berhenti ! Ini semua lagha ! Lagha!" Lantas Rasulullah berkata "Wahai Abu Bakar, biarkan mereka. Hiburan itu diharuskan semasa perayaan."
SubhanAllah, Indahnya Islam.. Islam tidak mengharamkan hiburan hatta melarang. Kerana, Islam datang bukan untuk melarang, tapi mendidik. Jadi, Hiburan itu tidak Haram dalam Islam selagi ianya tidak melalaikan. Hiburan boleh dalam apa jua bentuk. Baik, dalam Islam kita ada nasyid kan? Zikir kan? Quran kan? Aisyah yakin, dalam ketiga-tiga perkara yang Aisyah sebutkan tadi semuanya ada kena mengena dgn LAGU. Subhanallah, indahnya zikrullah.. Senang je sebenarnya, tapi susahnya nak ucap di bibir ni. Allahu, cuba amalkan perlahan-lahan, insyaAllah akan jadi satu HOBI. Pada pendapat Aisyah lah, kalau kita dengar lagu-lagu cintan, rock, atau apa2 bila kita ganti je dengan nasyid dan zikrullah serta selawat, subhanAllah, berbeza yang amat. Tak percaya? ahaa, belum cuba belum tahu, sudah cuba pasti mahu.
Kesimpulannya, hiburan tak diharamkan tetapi jangan berlebihan dan jangan sampai melalaikan. Ingat Allah selalu. Ana uhibbutum fillah. Jaga diri, iman dan hati. Asif jiddan Aisyah tak dapat kupas banyak sangat. Kekurangan idea, asif ye semua .. Jumpa lagi 2 minggu akan datang. Sebab Aisyah kena pergi kem tahfiz start esok. Doakan kejayaan Aisyah ye. insyaAllah balik nanti Aisyah akan kongsikan ilmu yang Aisyah dapat di sana. Man jadda wa jada. Wassalamualaikum w.b.t ♥
Notes : Ruang komen ada di sebelah kanan blog ini, yang bentuk separa bulat kecil je. Perhatikan betul-betul ye :) Jazakallahu khairan khatiran
Allahuakbar.InsyaAllah man jadda wa jada. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan untuk menuju kejayaan duniawi yang diredhaiNya,Amin (;
ReplyDelete