perjalanan masih jauh
ASSALAMUALAIKUM
Entah mengapa. hati ini tergerak untuk menulis setelah sekian lama. entah mengapa malam 22 Mac ini menjadi pilihan hati. Ada perkara yang ingin ana kongsikan bersama seluruh umat. Perasaan ini yang ana rasai sendiri setelah lima belas tahun ana berpijak di muka bumi ini.
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah tadi, ana terlihat beberapa batang pokok. Sebahagiannya kering kemerah-merahan, dan sebahagian lagi masih segar kehijau-hijauan. Ana hairan. Kalau nak kata disebabkan cuaca panas, sudah tentu pokok yang lain juga akan dalam keadaan yang sama. Tetapi ini lain ceritanya. Bila ana tengok pokok tu, ana pun terfikir sesuatu. Sesuatu yang boleh ana kaitkan dengan kehidupan yang ana alami. Ana teringat kata pepatah yang acap kali kita dengar " rambut sama hitam tapi hati lain2" (ops, ada kena mengena ke?) tak kesahlah. erm, tapi nak sangat sentuh pasal tu. Bukan nak kata apa, cuma ana rasa nak menangis bila orang suka judge a book by its cover. Kita semua sama, even pokok tu lain warna, lain keadaan kesihatannya, kalau Allah kata dia masih hidup masih sihat, pokok tu still akan berdiri tegak tak tumbang ke tanah. Pokok juga makhluk. sama seperti kita, cumanya kita diberi sedikit kelebihan untuk berfikir.
Kita punya anugerah terindah yang dikurniakan Ilahi iaitu akal. Apa fungsinya sebuah akal andai ia digunakan dengan cara yang salah dimana kita gunakannya untuk something yang act kita tak perlu fikir pun. Kita semua dah sami'na wa ato'na. dah besar. semua boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. bak kata cikgu ana, "pandanglah dengan mata hati". jangan sebab perangai dia yang buruk satu tu, kita terus judge dia yang bukan bukan. Say NO to that attitude!
Ana saja je nak tulis. merepek ye dop? sebabnya dah lama sangat tak menaip. rindu sangat hahahahaha.... Kawan ana pun kata boring bila baca benda yang sama je. so, dalam kesempatan cuti sekolah untuk belajar ni, (EXAM IS JUST AROUND THE CORNER!!!!) Baca baik2! Ana, ismi Aisyah akan meng-update blog setiap hari dalam masa seminggu ni andai diizinkan oleh yang Maha Esa ^_^
Okay, tu je yang dapat dinukilkan dalam nukilan kalini. semoga berjumpa lagi dalam nukilan yang seterusnya. MOga kalian berada di bawah jagaan Ilahi ye. Assalamualaikum dan selamat bercuti semua .. wallahua'lam
Comments
Post a Comment