Cuti Sekolah

ASSALAMUALAIKUM


Hai penduduk bumi yang dirahmati Allah! Apa khabar hati-hati kita harini? Alhamdulillah.. Ana rindu sangat nak menulis. Entah rasa rindu nak menulissebab dah lama benar rasanya tak menulis selalu macam ni. So, nak cerita sikit, sikit je.. Ana tak tahu kenapa, dah 3 hari cuti ni ana selalu bosan. Ana sendiri kurang pasti mengapa. Ana harap antum dapat bantu ana. Tapi, ana rasalah "mungkin" I used to be dengan suasana di hostel. Err, it might be. idk. 

Anyway, sahabat-sahabat ana yang sedang bercuti sekolah tu.. Apa rancangan cuti antum kalini? Pasti yang hebat belaka kan. MasyaAllah... have fun! Oh ya, ana cuba lah nak MANTOPkan akademik ana, ana try buat study group dengan kenalan lama ana. Tak tahu macam mana esok, cuma mengharapkan semoga semuanya berjalan lancar. Budak skolah sains tu.. 

Sungguh lah ana kata, ana memang selalu mengantuk dalam kelas, terutamanya kelas bahasa Arab. Ana pun tak tahu kenapa sampai ana rasa nervous dan takut yang amat bila ustazah masuk. perghh BERDEBAR woi. Tapi ana dapat rasa lah yang ustzah sebenarnya realise yg ana tidur, tapi entah kenapa ustzah tak pernah tegur. Tu yang ana rasa serba salah sangat. Ana selalu tidur time Qowa'id haritu. Memang bila ustazah suruh buat latihan 15 page pasal qowa'id ana ternganga. Tapi alhamdulillah lah ada lah jugak sahbat yang sudi membantu, terutamnya damia zuran, zofir dan lain2..

Pastu en, ana tak tahulah kenapa ana susah sangat nak jawab soalan sains bila cikgu saiffuddin tanya. sahabat2 ana yang lain macam senang kacang goreng je nak jawab. Memang nampak lah ke-semengatan dyorang nak jawab sampai terjerit-jerit (aih malunyaa) Pernah sekali tu, cikgu masuk, terus sebut nama ana and kena jawab. Ana tak tahu kenapa cikgu senang sangat nak target ana. Mungkin sebab posisi ana yang berhampiran dengan meja guru? "mungkin" Oh ya, sambung cerita. Ana memang tak dapat jawab. (agak memalukan di situ) MasyaAllah.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya dan betapa berdebarnya ana. dahlah jawapan salah. aishhh... Tapi, lesson learned. Lepasni kena belajar sungguh2 ah untuk subjek sains. dahlah selalu dapat B. Jujur eh, dari darjah 6 lagi. Padahal cita2 nak masuk kelas SAINS kata kau.ENtah ah, rase susah benor ler nak kena ingat sains tu. Hmmm... (nak menangis pun ada)

But, yang bestnya time English. mengantuk time buat kerja je. tak pernah lagi ah tidur time teacher aimi. feeling good masatu hahahah. Maybe sebab that is the one of my fav subject kott.. Yang bestnya bila dapat jawab soalan yang tchr bagi. feeling nyaaaa.. sape je yang tak gembira bila dapat jawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh guru2 yang bertauliah ni kan.. kalau boleh, semua cikgu nak tanya soalan yang lari dari konteks sebagai seorang pelajar. aaa macam sejarah ah kan. tiba-tiba cikgu tanya pasal isu semasa yang kita pun tak tahu apebenda sebab ketiadaan tv dan surat khabar. memang blur lah kan.

Okay sejarah. Ana pun tak tahu kenapa belakngan ni, ana excited oh nak belajar sejarah. cikgu belum ajar lagi dah siap buat nota. sebelum ni takdenya.. memang mengharap cikgu suap semua benda.. But, ambil semangat cikgu RAHMAN. Walaupun cikgu dah pindah, tapi semangat cikgu sentiasa ada bersama kami di STIAS.Rindu sangat kat cikgu Rahman. Walaupun kenangan ana bersama cikgu tak banyak macam sahabat2 ana yang lain, tapi cukuplah sekadar kenangan berada dalam kelas. 

First time ana tulis panjang2 camni! Nak memantopkan karangan katanya.. haha. Alhamdulillah, harapnya dapat berkongsi lagi dalam nukilan yang seterusnya pula kan.. In Shaa Allah.. Kongsikan pulak antum punya cerita? Okay, that's all from me. Tabarakumullah! wallahua'lam..

Comments

Popular posts from this blog

Apa perlu buat bila rasa down?

bagaimana nak menghargai diri sendiri?

Salam Maal Hijrah : Mari Berhijrah