hakikat seorang hamba

ASSALAMUALAIKUM



Hi there.. apa khabar penduduk bumi yang dirahmati Allah? okay now, masing2 amek satu kertas putih plain fresh dari mana2 je lah ladang ke, kilang ke ape2 je lah (okay, tak masuk) make sure kosong aw taknak ada kesan conteng. ye ah, buat baik kena ikhlas kan? (mesti tak faham en?) k, tak perlu faham hahah. erm, amek pen or pencil, lukis satu titik hitam kat mana2 je lah yang antum suka. besar sikit biar bagi nampak sikit je.Done? Okay, now. before antum lukis titik tu, apa yang antum nampak dekat kertas tu? it might be antum akan cakap "plain" "kertas putih yang kosong" " takde pape pun" but after antum lukis titik hitam tu, apa yang antum nampak? okay titik hitam kan? confirmlah kan.. sebab its clearly can be seen.

erm, ana pun tak tahu kenapa tiba-tiba tajuk ni yang keluar tengah-tengah malam ni. but sikit je nak cerita. manusia ni sering buat silap. memang itu hakikat kita sebagai seorang HAMBA yang TAKDE APA2. Hamba ni dahlah takde duit, semuanya tuan dia bagi. macam kita MANUSIA. Kita kan HAMBA kepada DIA YANG SATU? kan kan kan.. seluruh yang ada pada kita ni, yang ada dengan kita ni, yang kita pakai ni, yang kita pegang ni, yang kita sentuh ni semua ALLAH PUNYA. we do have nothing, i repeat NOTHING. tapi manusia kan, dah nama pun manusia, kesalahan orang lain yang sekecil zarah tu lah kita nak pertikaikan. padahal banyak lagi kebaikan yang dia buat kita tak nampak. macam kertas tadi, satu titik hitam tu lah yang kita nampak. tapi kawasan putih yang lain tu, kita buat buat tak nampak je kan. 

so, back to the topic.. kita ni HAMBA kan? say 'YES' please..... okay good hahah. macam yang ana cakap tadi lah, hamba ni tak ada apa2 kan? and, hakikat seorang hamba ni, dia PERLU taat kepada tuan dia... betul tak betul tak? and, tak boleh ingkar arahan tuan dia. And ana rasa semua orang tahu, dalam sehari kita cuma dipanggil LIMA kali sehari bersamaan 5 minit untuk satu waktu = 25minit sehari jeeee untuk berkhidmat. Sehari ada 24 jam, dan masa kita berkhidmat tak sampai 30 minit pun .. Erm, jadi tiada istilah "TINGGAL SOLAT DENGAN SENGAJA" 

Kalau rasa dah buat salah tu, cepat-cepatlah bertaubat. kalau dengan manusia, kita kena lah minta maaf ye? Kalau dengan Allah TAUBAT is the way to remove our BIG SINS. Orang-orang yang nak bertaubat mestilah ... Jeng jeng jeng ! 

Pertama! Tinggalkan maksiat yang dilakukan
Kedua! Menyesali perbuatannya
Ketiga! Berazam tidak akan mengulanginya
Tapi, taubat untuk dosa besar kan? macam mana nak hapuskan dosa2 kecil pulak? erm, paling senang lah kan kalau dah malas sangat, AMBIL WUDHU' DENGAN SEMPURNA... okay? 

Okay ada satu cerita ni, seorang pengembara pergi mengembara dengan untanya yang sarat dengan makanan. Kemudian, pengembara ni pun ingin berehat. Tiba2, tali pengikat untanya terputus. Tidak berapa lama kemudian, pengembara ni pun tersedar dan mendapati untanya hilang. Dia berasa amat sedih. Lama-kelamaan, untanya pun muncul dihadapannya. Pengembara tu rasa gembira yang teramat sangat. TApi kan, nak tahu something tak? Allah lagiiiii sukaaaaaa orang yang bertaubat kepadanya..

Senang kan cara2 nak bertaubat ni? Tapi, kenapa ramai yang susah nak bertaubat? Sebabnya, dah hilang rasa kehambaan dalam diri kita. DUSH! (macam terkena batang hidung sendiri kan?) padu paduuuuu

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan hamba-hamba Al-Rahman ialah mereka yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila mereka disapa oleh orang jahil (dengan kata-kata yang kesat) mereka menjawab dengan ucapan yang baik." 
(surah al-furqan 25:63)

in shaa Allah, nukilan ini bermanfaat untuk semua. andai ada salah dan silap mana2, mohon teguran dari antum semua. syukran alaikum kerana sudi membaca walau tak seberapa. moga kita bertemu dalam nukilan yang seterusnya. yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu juga dari Allah tapi disandarkan kepada ana sebagai manusia yang lemah. wallahua'lam... 

Comments

Popular posts from this blog

Apa perlu buat bila rasa down?

bagaimana nak menghargai diri sendiri?

Salam Maal Hijrah : Mari Berhijrah