buat cinta yang sentiasa aku dambakan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته buat lah apa pun. asalkan kau bahagia. engkau mahu sakiti aku berkali juga aku tidak hairan sama sekali. kerna itu yang buat aku bahagia pabila bisa melihat kau bahagia. aku terlalu sayang pada kamu. bila aku sayang, aku cuma ingin kau bahagia. biarlah walau bukan dengan aku. asalkan kau bahagia, sudah cukup buatku bahagia. aku sering saja disakiti tetapi sekalipun aku tidak pernah berhenti menyayangi dan cuba untuk mempertahankan cinta ini. biarlah aku berkorban untuk engkau. asalkan kau bahagia. aku rela untuk terus disakiti andai itu bisa memberi mu ketenangan abadi. maafkan aku kerna tidak bisa membuatmu bahagia. aku yakin dan pasti ada yang lebih pantas untuk membuatmu bahagia. nama mu tidak pernah pudar dari doa aku biarpun namaku tidak pernah ada dalam doamu. katakan apa jua padaku, biarkan apa saja apa orang ingin lihat pada aku, pilihan aku hanya tertuju kepada kamu. andai di dunia kita tidak bisa ketemu dan bersatu, moga Tuhan satukan ...