Everything starts with bismillah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Allah itu Maha Pemurah
Yakinlah dengan janji-janji allah
Sesiapa yang bersyukur Allah akan tambah
Tambah apa?
Allah tambahkan rezeki dan nikmat.
Rezeki tak semestinya berupa wang ringgit
Tidak juga berupa harta
Boleh jadi rezeki dari segi ketenangan hati dan jiwa
Percayalah,
Nak dapatkan ketenangan hati dan jiwa bukan mudah
Dan tak ramai orang memilikinya
Beruntunglah sesiapa yang memilikinya
Dengan ketenangan ini, akan lahirlah sebuah kebahagiaan
Kebahagiaan tidak mampu dibeli dengan wang ringgit juga harta yang banyak
Tiada gunanya harta setinggi gunung andai tidak memiliki kebahagiaan
Berbahagialah wahai manusia,
Di sekelilingmu masih ada jiwa-jiwa yang kasih dan cinta
Ada lidah yang masih berbicara dalam doanya
Masih ada ingatan yang sentiasa mengingati tatkala jauh dari sisi
Hargailah
Kerana kebahagiaan itu terbit dari sekecil-kecil penghargaan.

-AisyahZull-

"Apa pun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal"
(Asy-Syura 42:36)




Comments

Popular posts from this blog

Apa perlu buat bila rasa down?

bagaimana nak menghargai diri sendiri?

Salam Maal Hijrah : Mari Berhijrah