Bersyukurlah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bersyukurlah Allah masih beri nikmat
Ada orang yang lebih baik dan mulia daripada kita
bersyukurlah
Ada hikmahnya kenapa kita perlu lihat orang yang lebih mulia drpd kita
Sebab,
Allah nak kita sentiasa sedar
yang kita ni cuma HAMBA
Ingat, kita cuma hamba,
Memang tak akan ada yang perfect pun dalam diri seorang hamba
Kalau kita rasa diri kita ni sempurna,
Dahi kita cukup payah cecah sejadah
Ingatlah, 
Allah sentiasa dengar luahan hati hamba-hambaNya
Bila kita rasa hati kita kosong,
Mohonlah petunjuk
Moga Allah tunjukkan apa yang hati kita perlu.
Ingatlah,
Jika kita tak jumpa hati kita,
Carilah di tiga tempat,
Ketika sepertiga malam,
ketika membaca quran di waktu pagi,
dan ketika berdoa,
dan andai tidak jumpa juga,
ketahuilah bahawa waktu itu hati kita telah mati.
Dan ingatlah,
Bila kita rasa diri kita ni hebat,
Cepat lah beristighfar,
Agar bangga diri tidak menguasai diri.
Bila kita rasa diri kita ni bagus a.k.a perfect,
tengoklah orang yang lebih mulia daripada kita
agar rasa perhambaan sentiasa mendampingi
Bila kita rasa tidak cukup,
Lihatlah mereka yang lebih rendah dan tak punya apa-apa,
agar syukur sentiasa menemani.


-AisyahZull-

Comments

Popular posts from this blog

Apa perlu buat bila rasa down?

bagaimana nak menghargai diri sendiri?

Salam Maal Hijrah : Mari Berhijrah