4 Kewajipan Seorang Muslim terhadap Al-Quran

  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, setelah sekian lama busy dan tak update blog, pada tahun 2k16 aisyah dapat update lagi. In shaa Allah sepanjang tahun ni aisyah akan muatkan dengan lebih banyak input2 rohani yang boleh dijadikan santapan kepada para pembaca.

Harini aisyah akan kongsikan sedikit input berkenaan 4 kewajipan seorang muslim terhadap al-quran yang aisyah dapat pada malam wacana ilmiah di sekolah tempoh hari.

4 Kewajipan Seorang Muslim terhadap Al-Quran:

1. MEMBACA
Al-quran diturunkan oleh Allah kepada malaikat Jibril a.s dan diturunkan pula kepada Nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat dan disampaikan kepada kita untuk dibaca dan  bukan untuk dijadikan barang pehiasan di segenap rak buku di rumah, institusi mahupun di masjid. Tapi cuba fikirkan, berapa banyak yang kita baca dalam satu hari? 1 ayat? 2 ayat? 3 ayat? atau 1 huruf? 

Cuba kita ingat kembali zaman para sahabat dahulu, Saidina Uthman bin Affan mengkhatamkan 30 juz al-quran dalam masa seminggu sahaja. sehingga pada hujung nyawa beliau sekalipun, beliau sedang membaca al-quran ketika dibunuh. subhanallah, hebat sungguh khalifah yang termasyhur ini. Khalifah yang pasti syurga akhirnya, mengkhatamkan al-quran seminggu sekali. Alangkah baiknya andai kita yang belum tentu syuga ini mengkhatakan sekurang-kurangnya sekali sebulan..

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang bermaksud : " Bacalah kamu akan al-quran, kerana al-quran yang kamu baca kan menjadi pemberi syafaat di akhirat nanti."

Tapi kita jarang-jarang sekali membaca al-quran yang meneybabkan hati kita kosong dan kadang kala rasa ada yang tak kena. Oleh itu, cuba letakkan kadar dalam pembacaan kita satu hari. Mula daripada yang sikit dan tingkatkan untuk hari-hari yang seterusnya..

Nabi Muhammad S.A.W penah bersabda yang bermaksud: "Diumpamakan orang yang berimn dan membaca al-quran, dia ini seperti buah trujah, baunya manis dan rasanya sedap. dan diumpamakan orang yang beriman tetapi tidak membaca al-quran, dia seperti buah tamar, rasanya sedap, tetapi tidak ada bau yang harum."
Jadi, untuk jadi mukmin yang ada nilai tambahan, bacalah al-quran..

2. TADABBUR
Mentadabbur bererti meletakkan perasaan ketika membacanya.
Kalau kamu setakat baca al-quran, tapi tak tadabbur, kamu tak akan rasa seronok bila baca al-quran Tapi orang yang hatinya terkunci, dia takkan seronok untuk membaca al-quran. na'uzubillahiminzalik.

Kita juga perlu khusyuk ketika membacanya.. Sebab apa? al-quran tidak akan memberi kemanisan kepada orang yang lalai dalam membacanya. macam mana orang yang lalai ni? dia baca, tapi tak fokus.. buat kerja lain.

Abdullah bin Mas'ud pernah meriwayatkan: ketika beliau bersolat bersama-sama Rasulullah, beliau menceritakan bahawa Rasulullah akan membaca surah al-baqarah kemudian setleah habis membaca al-baqarah, Rasulullah akan sambung dengan surah ali-imran dan sambung pula dengan surah an-nisa' dan seterusnya.. Menurut beliau lagi, Sampai kepada ayat yang meceritakan rahmat, Rasulullah akan memohon kepada Allah, dan apabila sampai kepada ayat azab, Rasulullah akan menangis dan memohon perlindungan.

Begitulah seorang Kekasih Allah menghayati bait bait ayat al-quran yang mulia itu.

3. AMALKAN ISI KANDUNGAN
Al-quran juga diturunkan bukan untuk dibaca semata-mata. Kita juga perlu mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah dalam al-Quran. Jangan memilih dalam mengerjakan suruhan Allah.

 Saya bagi contoh yang paling mudah la, tutup aurat. atau lebih spesifik lagi, melabuhkan tudung ke bawah dada. Tapi berapa ramai wanita sekarang ni yang memakai tudung singkat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.. Sedangkan mereka tahu hukum memakai tudung itu takat mana.. Na'uzubillahiminzalik. Moga kita dijauhkan daripada golongan seperti ini.

4. SAMPAIKAN KEPADA ORANG LAIN.
Siapa lagi kalau bukan kita yang dah tahu ni sampaikan kepada orang lain? Jika kita buat perkara ini, in shaa Allah kita akan rasa pimpinan dan bantuan daripada Allah. Allah juga akan permudahkan urusan kita.

Jika kita tinggalkan al-quran, kita akan jadi umat yang sangat mundur dan lemah Ya, itulah hakikat umat pada hari ini. Umat Islam semakin mudah dipijak. Kerana apa? Kerana umat Islam kini meninggalkan peritah Allah. Cuba kita fikir, benrakah kita lebih banyak melihat perkara yang serook berbanding kita melihat apa yang berlaku kepada umat Islam? Bila ditanya, tentang apa yang berlalu di Syria, kita kata tak tahu, kononnya terperap di asrama mahupun sibuk belajar dan bekerja.. Tetapi bila ditanya tentang siapa itu Anzalna Nasir, pantas sahaja menjawab. Jadi benarlah kelemahan Islam ini kerana jauhnya kita daripada al-quran.

Oleh itu, jika kita nak umat Islam ni bangkit, kita cuba untuk sama-sama kembali kepada al-quran dan amalkan 4 point ni. In shaa Allah, bagi yang masih belajar, Allah permudahkan urusanya untuk mendapat result yang cemerlang. dan bagi yang bekerja, in shaa Allah prestasinya juga semakin baik jika kita mengamalkan 4 perkara yang baru sahaja saya kongsikan di atas tadi.

Moga kita menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa. Wallahu ta'ala a'lam. wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Apa perlu buat bila rasa down?

bagaimana nak menghargai diri sendiri?

Salam Maal Hijrah : Mari Berhijrah