Jaga Pandanganmu
ASSALAMUALAIKUM
Daripada Huzaifah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Pandangan adalah salah satu anak panah beracun daripada iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah memberinya keimanan yang manisnya terasa dalam hati."
Ana rasa ramai di kalangan kita yang tak faham maksud di sebalik hadith Rasulullah s.a.w ni. Baik, hadith ini bersangkut paut dengan ikhtilat. Apa itu ikhtilat? Ikhtilat bermaksud batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Baik, ikhtilat ada banyak cabang. apa yang ana nak sampaikan harini adalah ikhtilat pandangan. Maksudnya, kita perlu jaga pandangan kita. Jaga pandangan macam mana tu? Jom kaji..
Pernah dengar tak sekali pandangan antara musliman dan muslimat itu sudah cukup dan pandangan yang selepasnya itu mendatangkan syahwat dan ianya dari syaitan? wallahua'lam. Okay maksudnya kat sini, pandangan yang pertama tu sudah memadai, jika ada pandangan yang berikutnya, maka syaitan akan mentertawakan kita. so, conclusion is, jaga pandangan kita atau antum mahu syaitan berhasil memperdayakan antum semua? Fikirkan baik baik ye :)
wallahua'lam. ana cuma cakap berdasarkan ilmu yang ana terima daripada mu'allim ana. Jadi, kalau ada kesalahan sepanjang ana menulis tegurlah ye, tidak ada manusia yang perfect, tegurlah jika nampak salah, jangan membenci tanpa berkata sepatah. Assalamualaikum

Comments
Post a Comment