Posts

Showing posts from December, 2016

Everything starts with bismillah

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Allah itu Maha Pemurah Yakinlah dengan janji-janji allah Sesiapa yang bersyukur Allah akan tambah Tambah apa? Allah tambahkan rezeki dan nikmat. Rezeki tak semestinya berupa wang ringgit Tidak juga berupa harta Boleh jadi rezeki dari segi ketenangan hati dan jiwa Percayalah, Nak dapatkan ketenangan hati dan jiwa bukan mudah Dan tak ramai orang memilikinya Beruntunglah sesiapa yang memilikinya Dengan ketenangan ini, akan lahirlah sebuah kebahagiaan Kebahagiaan tidak mampu dibeli dengan wang ringgit juga harta yang banyak Tiada gunanya harta setinggi gunung andai tidak memiliki kebahagiaan Berbahagialah wahai manusia, Di sekelilingmu masih ada jiwa-jiwa yang kasih dan cinta Ada lidah yang masih berbicara dalam doanya Masih ada ingatan yang sentiasa mengingati tatkala jauh dari sisi Hargailah Kerana kebahagiaan itu terbit dar

Bersyukurlah

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Bersyukurlah Allah masih beri nikmat Ada orang yang lebih baik dan mulia daripada kita bersyukurlah Ada hikmahnya kenapa kita perlu lihat orang yang lebih mulia drpd kita Sebab, Allah nak kita sentiasa sedar yang kita ni cuma HAMBA Ingat, kita cuma hamba, Memang tak akan ada yang perfect pun dalam diri seorang hamba Kalau kita rasa diri kita ni sempurna, Dahi kita cukup payah cecah sejadah Ingatlah,  Allah sentiasa dengar luahan hati hamba-hambaNya Bila kita rasa hati kita kosong, Mohonlah petunjuk Moga Allah tunjukkan apa yang hati kita perlu. Ingatlah, Jika kita tak jumpa hati kita, Carilah di tiga tempat, Ketika sepertiga malam, ketika membaca quran di waktu pagi, dan ketika berdoa, dan andai tidak jumpa juga, ketahuilah bahawa waktu itu hati kita telah mati. Dan ingatlah, Bila kita rasa diri kita ni hebat, Cepat lah beristighfar, Agar bangga diri tidak menguasai diri. Bila kita rasa dir

Pesanan buat spm leavers

Image
Bismillahirrahmanirrahim Jangan berputus asa dengan rahmat Allah Rezeki Allah itu luas Rahmat Allah itu sentiasa ada Sebagai hamba kita kena yakin Yakin yang Allah akan bagi Kita dah usaha dan buat yang terbaik Tinggal tawakal dan doa Buat apa nak takut kita gagal Every cloud has a silver lining Allah tahu apa yang terbaik untuk kita Allah yang ciptakan kita Allah juga yang ciptakan pemeriksa kertas kita Allah yang gerakkan tangan dia Allah yang bagi dia melihat Allah yang bagi dia akal untuk berfikir Rezeki Allah nak bagi Sekelip mata je Allah boleh bagi Kalau tak ada Perhaps rezeki kita kat tempat lain Bukan sekarang, mungkin akan datang Berdoalah sesungguh yang mungkin. Doa itu senjata kita yakinlah pada Allah Bila kita tahu betapa besarnya nikmat yakin itu Kebrgantungan kita pada Allah pasti melebihi segalanya Percayalah, Janji Allah itu pasti. - AisyahZull -