Posts

Showing posts from November, 2012

Hiburan Dalam Islam : Boleh atau Tidak ?

Image
ASSALAMUALAIKUM Kaifa haluka/haluki pembaca blog, followers dan pelawat blog Aisyah semua? Semoga dalam keadaan yang baik-baik ye :) Alhamdulillah, dapat Kita bertemu lagi dalam entry kali ini. Okay, HIBURAN. Memang fitrah manusia sangat memerlukan hiburan dalam kehidupan. Pernah masa zaman Rasulullah, waktu bulan perayaan lah. Jadi semasa Rasulullah berjalan dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidinia Abu Bakar ternampak sekumpulan wanita bermain gendang dengan menari, ya Allah gembiranya mereka. Lalu, bila Saidina Abu Bakar nampak, beliau ni kan waraka orangnya, jadi Saidina Abu Bakar terus menjerit pada kumpulan tersebut "Hey! Berhenti ! Ini semua lagha ! Lagha!" Lantas Rasulullah berkata "Wahai Abu Bakar, biarkan mereka. Hiburan itu diharuskan semasa perayaan."  SubhanAllah, Indahnya Islam.. Islam tidak mengharamkan hiburan hatta melarang. Kerana, Islam datang bukan untuk melarang, tapi mendidik. Jadi, Hiburan itu tidak Haram dalam Islam selagi ian

SEGMEN : CARI FOLLOWERS NOVEMBER !

Image
ASSALAMUALAIKUM Alhamdulillah, harini Aisyah dapat diberi peluang untuk join segmen ni. Yang blogwalking di blog Aisyah, jangan lupa follow ye :) kepada pembaca setia post2 aisyah, jangan risau. Lepas ni Aisyah update ye ;)  Kepada sesiapa yang nak join segmen ni, boleh telan banner di atas. Aisyah join ye. Bismillahirrahmanirrahim .. Due date : 20 November 2012 Notes : Yang nak Aisyah follow, follow lah Aisyah sulu ye. Jangan lupa tinggalkan link blog di ruangan komen di sebelah kanan blogni. Bentuk separa bulat kecil tu ye. Syukran :) 

Salam Maal Hijrah : Mari Berhijrah

Image
ASSALAMUALAIKUM Alhamdulillah, dapat kita bertemu lagi dalam post kalini, kikiki :) Satu Muharram, detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah, perpindahan Nabi dan umat Islam, dari Kota Mekah ke Kota Madinah ~ Sempat bernasyid lagi. Aisyah , aisyah .. Baik, sebelum tu, salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia, semoga tahun ni jauh lebih baik daripada sebelum ini. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Selami Jiwa, Rawat Rohani, Perkasa Peribadi. Ya, kata-kata semangat sempena maal hijrah malam ni ye. Sempena tahun baru ni, Aisyah yakin pasti ramai dalam kalangan kita ni yang dah pasang azam tahun baru kan? Alhamdulillah, tahniah kepada yang sudah. Yang belum, masih belum terlambat lagi, bila2 pun kita boleh berazam untuk menjadi lebih baik, tak semestinya tunggu bila tahun baru je. Pintu taubat masih terbuka luas, mari kita rebut peluang tu selagi masih ada.  Sebut tentang Maal Hijrah. Aisyah nak kupas sedikit tentang "Hijrah". Hijrah me

Perempuan atau Muslimah ?

Image
ASSALAMUALAIKUM Kaifa haluka/haluki followers, pembaca dan pelawat blog Aisyah semua? Sebarang komen untuk post ni bloh ke sebelah kana blog ni yang ada bentuk halfsphere tu. kecil je, gerakkan mouse di ditu, nanti nampak lah tulisan *comment*. Alhamdulillal, dapat kita jumpa lagi dalam post kalini. Okay, menarik tak? InsyaAllah, tajuk ni boleh menghidupkan idea Aisyah yang terperap dalam minda Aisyah ni. Kita mula dengan definisi perempuan dan muslimah. Perempuan dan muslimah adalah satu perkara yang berbeza. Perempuan adalah perempuan biasa. Even yang bukan beragama Islam pun kita boleh kata dia perempuan. Tapi Muslimah ini Allah bagi khas buat wanita Islam sahaja. Hebat kan Allah? :) MAksud muslimah menurut ustazah Aisyah adalah, wanita Islam, yang pandai menjaga kehormatan dirinya dan melaksanakan perintah Allah. Berbeza kan? Tapi, persoalannya sekarang ni, pandai jaga kehormatan yang macam mana tu? Haa, mula-mula sekali, dari segi pakaian, dah tertutup dari atas sampa

Indahnya Bercinta Selepas Bernikah

Image
ASSALAMUALAIKUM   Sobahul khair sahabat followers dan visitors Aisyah sekalian :) Kaifa haluka/haluki? Alhamdulillah .. Menarik bukan tajuk harini ? Subhanallah, dikurniakan idea kepada Aisyah untuk buat tajuk yang sunnguh indah pada pagi Sabtu yang barakah ini, insyaAllah.  Muslimin dan muslimat sekalian, kita dikurniakan Allah pelbagai kelebihan, kita mempunyai deria rasa, bau, sentuh, lihat dan menghidu. Malah kita juga dikurniakan HATI, dimana di situlah terletakanya pelbagai perasaan yang sangat istimewa. Antaranya ialah marah, dengki, sedih, gembira dan yang paling besar adalah CINTA. MasyaAllah, perasaan ini semakin luas dikalangan anak muda pada dasawarsa kini. Jadi, apa itu Cinta yang sebenar-benarnya menurut Islam ? Mari kita hayati. Cinta dalam Islam bermaksud, Cinta adalah fitrah, semua orang ada fitrah itu. Namun remaja kini, menyalah tafsir fitrah tersebut. Mereka mengagungkan cinta kepada manusia, namun bukan kepada Allah. Sedangkan, fitrah yang dikurniakan

Bersediakah anda Menghadapi Mati ?

Image
ASSALAMUALAIKUM Kaifa haluka/haluki followers dan pembaca blog Aisyah sekalian. Jazakallahu khairan khatiran kerana melawat blog Aisyah yang serba ringkas ini. Salam Malam Jumaat yang barakah. Aisyah tak nak cakap banyak. cuma, Aisyah ada soalan. Bersediakah kita menghadapi mati? Masyaallah, walau kepada siapapun kita lontarkan soalan ini pada akhir zaman ini majoriti atau kebanyakan daripada kita akan menjawab "Tidak, saya belum bersedia" atau " Malam masih muda! Hidup mesti enjoy!" ataupun " Masih banyak lagi masa, nanti dah sampai seru saya berubah lah". Allahuakbar. Manusia akhir zaman sekalian, tidakkah anda sedar? Dunia sudah hampir di penghujungnya. Sudah banyak aktivit yang memesongkan akidah, sudah ramai yang memandang remeh terhadap hukum Allah. Aisyah ada terjumpa satu artikel dari twitter yang mengatakan :  " Malaikat maut akan turun ke bumi memerhati wajah manusia sebanyak 70 kali sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah s